onedyone2jaga

My photo
tawau, sabah, Malaysia
nama ku pirwandi... bo panggil wan,wandi atau pir.. aku lahir d sandakan,,, tapi masa berganti masa pindah d tawau.. sek dtawau sampai form6 lepas tue... keja jap..keja cari pengalaman.. n skg sambung ambik dgree dalam jurusan ekonomi sumber manusia.. aku nie org nya biasa2 jak.. kuarga pun biasa2 jak.. xkaya x miskin yang penting hidup dengan aman. tidak kira dmana aku berada dsitu lah aku perpaut pada dahan yang keras..kalu mau tahu lagi dan lagi keluar lagi dan lagi hehe. salam agar semua senang ati xada kontrovesi,n tingkatkan prestasi..macam kenal jak dialog nie.. wslm.

Tuesday, May 5, 2009

Islam Pada Nama


Masjid yang tidak diurus dan dijaga di Kg Bundu Tuhan

Ahad 03/05/2009 :
satu lagi peristiwa yang membuat aku sedih melihatnya.. apa tidaknya sampai jak kat masjid nie memang dari luar kelihatan timbunan tahi lembu di merata jalan.. apa yang paling meyedihkan kami ialah ketika kami masuk kedalam masjid kelihatan keadaan pemandangan yang lebih teruk dari diluar kawasan masjid.. sehingga kan timbunan sampah sarap, tahi lembu bertebaran di dalam dan disekitar pagar masjid.. d mana kesedaran masyarakat islam di kg ini?? sapa yang patut d persalahkan? lembu? tidak sama sekali.. tepuk dada tanya hati sebagai manusia yang bergelar islam..

dengar kata seorang ustaz mereka pernah datang kesini setahun lalu, datang membersihkan masjid, dan mencat masjid..tapi kot2 sampai pada hari tue, dia pun terkejut melihat rumah Allah yang tidak dselenggarakan dengan baik oleh penduduk kampung di situ. kita kena lah malu pada bukan islam, tempat ibadat mereka senantiasa di jaga dengan baik.. yang kita ini.. huhuh.. sedih hati kecil ku melihatnya..

apa yang menghairankan.. kawasan masjid tue di pagar dengan dawai besi dan siap dletakkan pintu pagar lagi.. cuma kami hairan pintu pagar yang d kunci dengan kendadu boleh terbuka macm tue jak.. mustahil juga kalau lembu yang rempuh mesti ada kesan kerosakan pada pintu pagar, tapi langsung x kelihatan.. org cakap seperti manusia sendiri yang mengalihkan pintu pagar tersebut untuk membiarkn dan memudahkan lembu masuk kedalam masjid.. tapi itu melalui andai kami dengan bukti yang kami lihat...???emm.. kami pun tak nak lah tuduh sapa2..

cuma apa yang pasti tanggungjawab tue harus d laksanakan oleh penduduk kampung yang beragama islam.. baru lah masjid tidak berkeadaan sedemikian.. ini tidak dari luar masjid kelihatan cantik yang sudah di cat dengan warna yang cantik, tapi kot2... ???

apa2 pun harapan aku semoga tidak ada lagi masjid seperti ini terjadi..biarlah kita sebagai manusia yang bukan islam pada nama sahaja...

mengenai masjid ini, permasalahan telah diwat keatas jheains dan jakim mereka akan mengatasi masalah masjid tersebut..

lihat lah sendiri keadaan masjid 'sedih'


Monday, April 27, 2009

Sunday, April 26, 2009

Bercerita Lagi


Bercerita.. ada kah bercerita jalan peyelesaian, adakah berdiam penamat segala cerita, perungkaian yang membuat aku terpaku dan tertanya? sampai bila perlu berdiam? kapan untuk bercerita? satu saat pasti terbentang kain putih yang di tulis titik-titik hitam yang menceritakan rasa yang bergelora. aku taw aku xsebaik manusia yang suci dari dosa. tapi sampai bila aku perlu diam untuk terus diselubungi dosa, maka aku bercerita pada diri ku sendiri..

ku susuri jalan bertanah,
lumpur aku temui,
ku susuri jalan berturap,
batu aku jejaki,
luahan rasa,
duka lara d hati,
putus d telan api,
memakan diri sendiri

aku beri tangan,
untuk dibelai,
aku luahkan kata
sebagai pedoman

mengharap
bukan untuk simpati
tapi pembuka jalan yang berduri,
bercerita
dulu kini dan selamanya.
bukan pada buku,
atau kertas-kertas putih
tapi pada dinding yang serba canggih.

cukuplah untuk
menggangap mudah
hulurlah tangan,
hamparkan wajah,
menghadap tuhan yang esa,
walau tajam mana duri,
walau sekuat mana batu
belajarlah hormat
menghargai diri.
untuk pimpinan manusia.

penceritaan ku, di salah tafsir, bukan untuk mengaibkan diri tapi sebagai luahan ati untuk kita sedar dengan apa yang terjadi, salah kah bercerita? aku mula untuk sedar dengan kesilapan yang kita buat, tapi mengapa manusia menganggap cerita adalah racun diri. mungkin cara aku bercerita x sama seperti A. Samad Said, Usman Awang dan seperti sasterawan2 yang lain yang merungkai cerita dengan penuh isi dan intonasi dengan bahasa yang tinggi. tapi aku ialah aku yang hanya taw bercerita dengan luahan hati sendiri. aku memohon maaf pada ilahi pada manusia di bumi ini sekirannya aku x pandai menghargai, bersyukuri dengan pemberian dari ilahi dan mengaibkan manusia dini hari. semoga apa yang terjadi membuat aku tabah dan sabar untuk tidak mengulangi kesilapan hidup ku selama ini.


cerita : wandi/ums


citer-citer sempurna

terkezut.. hehehe..
berubah dalam jiwa yang bergelora
mengagap diri sudah sempurna,
tapi hakikat mentah semata-mata,
mengapa manusia senantiasa mencari kesempurnaan?
adakah kesempurnaan pelengkap kepada kehidupan?
kadang-kadang tercari-cari dimana kesempurnaan itu?

atas, bawah, kiri, kanan,
malam tidur, siang bangun,
bantai diri yang perkasa,
tapi semua itu sia-sia

baru kusedar sempurna hanya angan-angan,
yang terbang melayang,
di gapai x sampai,
di selam x dapat..

makin di cari makin ia lari,
makin di temui makin ia sembunyi
akurla dengan apa yang ada pada diri,
kerana ini semua anugerah ilahi,
yang biasa terjadi.
bersyukur dan pegang diri ibarat kunci,
menjadi pegangan setiap insan di muka bumi.

nukilan : wandi/ums

Wednesday, April 1, 2009

SEDAR


..SEDAR..

Jiwa meronta..!
Menunggu gelora melanda
Jantung diketuk makin laju
Mencungap-cungap nasaf hingga kehujungnya.
Rapuh diri di telan air mata.

Salam hati yang kecewa
Meskipun dengan kejap mata..
Bisikan di telinganya satu nasaf..
Kekasih yang rimas n malas
Sehingga durja semakin muram.

Selamatlah segala-galanya.
Badai angin menyejukan rupa.
Sampaikanlah.. sedarlah..
Bukan satu salam penghabisan ..
Kerana pertemuan perron bahagia

Pamrih wadah berulang menjelma
Bukanlah murka,muak, dalam jiwa
Tapi bagai mengibkan kebenaran
Supaya bersama di alam permai..

Yang demikian ya illahi tuhan rabbana
Bukanlah hamba iba dan berputus-asa
Teruskan doakan dan mendoakan kepada-mu sahaja
Supaya cita dan angan lekas menjelma..


nukilan : wandi/ums

Thursday, March 26, 2009

PPSMI


Menolak usaha meneruskan PPSMI PDF Print E-mail
Written by Super Admin

MENOLAK USAHA MENERUSKAN PELAKSANAAN PENGAJARAN SAINS, MATEMATIK DAN TEKNOLOGI DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) DI PERINGKAT SEKOLAH HINGGA IPT
(12 SEPTEMBER 2008 / 12 RAMADHAN 1429H)

Pengendalian Persidangan Meja Bulat anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang cuba mendapatkan pandangan tentang PPSMI telah dilaksanakan secara “tidak adil” dan “laporannya” dalam akhbar juga “mengelirukan”. Tiga daripada lima orang pembentang bukannya berbicara tentang PPSMI tetapi tentang kepentingan menguasai bahasa Inggeris yang tidak pun dinafikan oleh kami. Kami bimbang akan kemunculan watak-watak “pembesar” seperti dalam cerita “Maharaja dengan Baju Barunya” yang hanya mengiyakan bahawa baju raja cantik walaupun raja sebenarnya tidak berbaju. Lagipun semasa hendak mengubah ke bahasa Inggeris dahulu tiada meja bulat pun dan tidak pun ditimbulkan tentang kesan ekonomi perbukuan bahasa Melayu. Apakah meja bulat ini hanya untuk mengaburi mata orang ramai saja kerana pengerusinya tidak dapat membuat kesimpulan secara objektif dan tepat. (Contoh pertemuan 27 Ogos 2008 yang lalu – rujuk The Star dan Utusan Malaysia 28.8.08 dan catatan wakil ASASI di www.prihatin.net).
Bagaimana pemimpin kerajaan boleh mempertahankan tindakan yang terang-terang melanggar Akta? Tindakan ini dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Kononnya dua mata pelajaran tetapi ternyata kini bahawa sebenarnya lebih 80% kursus di sekolah menengah dan IPT telah diajar dalam bahasa Inggeris. Ini adalah benar dan bukannya andaian palsu. Apabila ini sudah berlaku maka Akta mungkin akan dipinda atas alasan fait accompli dan hancurlah bahasa Melayu. Soalan “adakah kita mahu meneruskan PPSMI atau tidak” sebenarnya samalah maknanya dengan soalan “adakah kita mahu meneruskan usaha menghancurkan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi?” (rujuk Siri Bicara Bahasa Bil.15, 2002 terbitan PLM & DBP). Kami sedia berdebat tentang kehancuran bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini.
Kajian yang “lebih” jujur dan tidak berkepentingan oleh pelbagai pihak termasuk oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron dan kajian Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin di bawah payung UKM-DBP misalnya menunjukkan mereka yang di bandar dan mereka yang dari keluarga yang berpendapatan tinggi mendapat manfaat dari PPSMI manakala majoriti pelajar luar bandar lebih terdera. Dengan PPSMI jurang antara bandar dan luar bandar semakin melebar. Yang menjadi mangsa pasti majoritinya Melayu kerana mereka kira-kira 70% penduduk luar bandar dan ini amat tidak adil kerana mereka dinafikan pendidikan berkualiti.
Tujuan seluruh usaha ini ialah untuk meningkatkan penguasaan BI pelajar. Tetapi ini telah dilakukandengan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi. Penyelesaian ini seperti kata pepatah Melayu, lain yang luka lain yang dibebat. Tidak pernah dibuktikan di mana-mana di dunia, mengajar sains dan matematik boleh meningkatkan penguasaan bahasa. Pelaksanaan PPSMI di negara bekas jajahan British di Afrika dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Perancis di negara bekas jajahan Perancis di Afrika tidakpun memajukan negara tersebut, malah tinggal mundur dan miskin walaupun bahasa negara termaju digunakan. Hanya Amerika Syarikat, Britain, Australia dan New Zealand wajar melaksanakan PPSMI.
Kemungkinan besar tindakan ini untuk menutup kegagalan Kementerian dalam usaha mencari kaedah yang sesuai untuk mengajar bahasa Inggeris. Tegasnya Kementerian mestilah mencari kaedah mengajar bahasa Inggeris yang sesuai dan berkesan.
Kerajaan mestilah belajar dari pengalaman. Dalam tahun 60-an Kerajaan telah “mengusir” keluar tulisan jawi daripada bilik darjah. Akibatnya 40 tahun kemudian akhbar tulisan jawi menjadi tidak lagi berdaya maju, menjadi sisipan saja kepada akhbar tulisan rumi. Sekarang kerajaan sekali lagi “mengusir” keluar bahasa Melayu daripada bilik darjah “sains dan teknologi”. Kemungkinan besar 40 tahun lagi akhbar berbahasa Melayu tidak akan berdaya maju dan akan menjadi sisipan saja kepada akhbar Inggeris dan Mandarin. Pada waktu itu bahasa Melayu bukan lagi bahasa ilmu dan budaya tinggi. Sejarah akan mendera kita lagi.
Gesaan kami agar pihak berkuasa mengembalikan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang telah berjaya dan dipersetujui bersama-sama. Kembalikanlah kewibawaan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini sebagai penghantar sains, matematik dan teknologi di sekolah rendah, sekolah menengah dan di IPT. Jika pertukaran dilakukan di peringkat sekolah rendah sahaja, dan/atau sehingga di sekolah menengah sahaja, akan hanya merupakan tindakan “melepas batuk di tangga”. Bahasa Melayu tetap hancur di negaranya sendiri. Kesan negatif akibat PPSMI telah melarat-larat dengan keghairahan pemimpin besar dan kecil sehingga menghina dan memperkecil bahasa rasmi/bahasa kebangsaan dalam semua aspek kehidupan di negara ini sebagai bahasa rasmi, ilmu dan perhubungan di negara ini sehingga DBP pun seolah-olah sudah “mati” dan tidak berwibawa lagi.
Malaysia bukan England, bukan Amerika, bukan India, bukan Taiwan, bukan Singapura. Malaysia adalah Malaysia yang dahulunya Persekutuan Tanah Melayu yang sejarahnya bermula sejak sebelum kerajaan Melayu Melaka lagi. Kembalikanlah bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara kita seperti sebelum tahun 2003. Kepemimpinan Melalui Teladan. Hormatilah keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara, (Rukun Negara ke-3 dan ke-4).
Rancangan untuk menjadikan keputusan UPSR pada tahun ini sebagai salah satu penentu penerusan PPSMI juga amat tidak logik dan membelakangi ilmu perancangan pendidikan. Bahasa Melayu tetap hancur dan musnah akibat PPSMI, keputusan dan angka juga boleh berubah-ubah dan soalan juga masih dwibahasa.

Tuesday, September 23, 2008

Manusia


Manusia Lalai

manusia sering lupa tentang peranannya,
mereka buat tidak kira masa dan ketika,
mereka tidak tahu akan akibatnya,
kerana mereka asik dengan mainnan dunia.

bila malam menjelma,
mulalah satu peristiwa,
bagaikan harimau mencari mangsa,
semua masuk ke dalam racun dunia,
kerana mereka tidak cari penawarnya.

ada yang sampai tak kenal sapa mereka,
tapi kenal sapa disebelah mereka,
mereka tak takut atau gusar tentang semuanya,
malah mereka rasa lebih bahagia,

wahai manusia yang bijaksana,
di cipta dengan akal yang sempurna,
gunakanlah dengan sebaik-baiknya,
demi mencapai matlamat bangsa, agama dan negara.

Nukilan : wandi/onedyone2jaga